Selasa, 13 November 2018

My Hero Brother


Aku seorang Student, baru-baru ni aku baru saja habis exam and balik cuti sem, selama sebulan kat kampung.  Lambatlah lagi nak tunggu sem depan. Selama aku ada dikampung boleh dikatakan aku betul-betul gunakan masa aku hanya tidur saja. Ye lah,  bila otak kau dah penuh, mestilah pening dan serabut banyak benda kau buat waktu study dulu. Memang busy la..  So aku lepaskan stress aku hanya tidur saja waktu cuti sem. 

Sampai mak aku pun naik meluatlah dengan aku ni. Mana tak membebelnya,  anak dara asyik tidur saja, kerja rumah langsung tak buat. Tapi rumah still dalam keadaan baik sbb yang aku rajin buat pun kerja-kerja membasuh jer, basuh pinggan dan basuh baju ( sabun lover) . Yang lain masak ka apa semua aku serah kat mak. 

Rumah aku memang sunyi sikit,  sebab duduk 3 orang saja.  Abang nombor 2, Mak,  dan aku.
Dua orang lagi adik aku kerja kat bandar. 

 Mak aku kerja dikantin sekolah rendah dari jam 5am hingga jam 3pm. Abang aku biasalah kerja kampung memang busy sangat. Bangun awal pagi pergi kerja malam baru balik. 

Okey berbalik pada kisah sebenar, tengah hari sekitar jam 12pm hari Isnin 12 November,  aku bangun dari tidur. Benda pertama aku buat adalah charge phone xioami redmi note 4 aku dulu. 

Time aku nak potostate resume orang punya, sebab adalah beberapa orang suruh aku buatkan resume untuk diorang, waktu aku nak buka laptop Lenovo IdeaPad Z500 15.6". Hah! terkejut beruk aku waktu tu Laptop aku yang mahal tu tetiba...  disappear! Disappear beb,  atas meja berdekatan dengan tempat charge phone aku tu. 

Okey laptop secondhand ja sebab tak mampu beli baru. Aku kata mahal tu aku beli harga lebih RM1k kot. Aku memang minat graphic sebab tu lah aku beli laptop ni. Kalau laptop graphic yang ada all adobe memang tak dapat harga ni. Just Secondhand ja.. 

Merata tempat aku cari,  tak jumpa. Pelik sebab laptop jer yang hilang, charge bateri tak hilang pula.  Hah sudah aku rasa ada orang curi dah ni. 

Aku lari tanya abang aku yang kebetulan baru balik dari rumah. Aku tanya dia ada tak ambil laptop aku waktu tu. Peliklah kan kalau abang aku ambil sebab dia mana tahu bab-bab laptop ni, apatah lagi nak guna. Dia just terer repair jaa.. 

Hah sudah, mana pergi pulak laptop mahal aku tu,  banyak benda aku buat kerja dengan laptop tu,  yang peliknya aku tak rasa apa2 dengan kehilangan laptop aku tu haish.. . Panik pun tak. Yang aku rasa waktu tu adalah,  marah diri sendiri dengan kecuaian aku ni. 😰(Anybody slap me please..) 
 
Terus abang aku ni keluar pergi rumah jiran sebelah,  sebab jiran sebelah baru ja ada orang pecah masuk rumah.

Okey orang pertama aku fikir yg curi laptop aku adalah anak jiran aku  yang tinggal di seberang sungai sana. Sapa tak kenal budak tu, sbb banyak kes pasal dia. 

Abang aku pun fikir benda yang sama. Apa lagi memang cepatlah tindakan abang aku ni pergi tanya budak tu. Yelah aku takut juga sebab abang aku ni memang baran juga orangnya walaupun kecik. Dalam fikiran aku habislah budak ni. (ye lah abang aku ni,  kalau kacau barang dia siaplah orang tu) 

Okey budak tu baru  umur 13-14 tahun macam tu lah. Kantoi masuk rumah jiran sebelah kena tangkap. 

Sebab terkantoi tu adalah jiran aku tu terlupa phone patah balik rumah,  Tak sangka budak tu ada dalam rumah dah. Apa lagi tangkaplah.. 

Memang comfirm dia yang ambil,  tanya banyak kali tak mengaku. Akhirnya Alhamdulillah,  laptop aku dapat juga ditemui di rumah orang lain. Bijak juga budak tu nak tutup mata orang. Dia taruh laptop aku kat rumah orang lain.  

Akhirnya apa lagi call polis la.. 

Nak dikatakan budak tu dah banyak kali suka curi barang orang,  baru-baru ni curi duit abang aku rm80, kad MicroSD pun dia ambil pelik pulak tab 4 tak ambil pula. Kalau rumah orang lain aku tak tahu apa yang dia ambil.

Wallahualam. 

Pengajarannya, Jangan tidur sangat. Yang ni adalah peluang aku,  kalau ada masa mesti aku tidur. Susah betul nak kawal sikap ni. Rumah terbakar pun maybe aku tak sedar.. (ketuk kepala sendiri) Okey lepas ni aku kena sentiasa celip mata kot.. Lupakan tidur kau tu dulu. 

Seterusnya beli kunci rumah. Sebab ni banyak kali juga aku try ingatkan mak aku suruh buat kunci rumah,  tapi still senyap. Sebab banyak benda berharga dalam rumah aku tu. 
Aku takut nak balik sebab inilah.. Rumah xda kunci. 

Satu lagi penting adalah duduk dengan  jiran yang caring, Sebab jiranlah banyak tolong waktu kita dalam kesusahan. Sebab dioranglah laptop aku dapat balik. 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan