![]() |
| Abaikan jer... |
Baru-baru ini saya dapat panggilan dari seorang pemimpin Hewi MKKK iaitu Hewi Penerangan dan Penerbitan hendak berjumpa dengan saya. Maka dengan Bismillah saya pun berjumpa dengan beliau. Pelbagai persoalan juga berada diminda, kenapa tiba-tiba saja beliau hendak jumpa saya sebenarnya. Nak tahu apa permintaan Hewi ni? Dia minta saya siapkan gambar lukisan pimpinan Hewi dan Ajkt MKKK untuk tahun 2015-2016. Haha orang kedah kata " phiii!!!"
Kalau siapkan gambar pimpinan dalam bentuk Digital tu tak apa lah juga , tapi ini dia suruh saya siapkan 27 orang pimpinan MKKK dalam lukisan potret tambahan pula dengan penasihatnya sekali. Tercengang juga saya masa tu. Masalahnya saya perlu siapkan dalam waktu dua hari sahaja. Dalam hati saya kata "mampu ke aku buat dalam tempoh dua hari tersebut." Kadang-kadang saya fikir juga "ini kes aniaya ni" hmm..
Semua dalam fikiran saya semua tu perasaan negatif sahaja, sepatutnya saya perlu menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Bayangkan jika saya pada waktu itu melukis dalam keadaan terbeban , potret tu jadi ke tidak rasanya haha..
Semua perkara yang telah diarahkan oleh pimpinan kita perlulah dilaksanakan sebaik munkin, bukan menolak dan beri alasan yang pelbagai.
Jadi dengan fikiran positive lah saya sempat siapkan hasil potret 27 orang pimpinan MKKK tersebut dalam masa dua hari sahaja. Masalah jadi tak jadi tu saya letak belakang, kekadang sebagai pelukis ni tak semua yang kita harapkan itu menjadi kan? Maka hasilnya beginilah:
![]() |
| Barisan Ajkt dan Penasihat MKKK 15/16 |
![]() |
| Barisan Hewi dan Penasihat MKKK 15/16 |
Pelbagai Pogram juga telah diadakan ketika itu antara Menjawab soalan kuiz, melukis, dan banyak lagi program yang menarik. Dan disebelah malam ada sedikit ucapan Dasar pembawakan MKKK untuk tahun 2015/2016 dari Ydp kami Ustaz Ammar Mujahid .
![]() |
| Ucapan dari ustaz Syafiq Nasir |
Yang paling menarik adalah waktu malam kemuncak yang ini saya tak boleh lupakan. Ada persembahan pentomen dari barisan Ajkt, tentang sejarah bagaimana tertubuhnya persatuan MKKK ini. Jika anda belum tahu apa itu MKKK?
Boleh dirujuk disini.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan