Bagaimana Hasilkan Potret Digital Anda sendiri Menggunakan smartphone Android

Salam Semua,
 Terima kasih yang berminat nak baca Entri saya ni, Syukran Jazilan Kasiran!!! 

Ok,  Baiklah di sini saya hanya sekadar suka-suka sahaja nak kongsi Bagaimana Hasilkan Potret Digital Anda sendiri Menggunakan Smartphone Android ,nampaknya saya begitu tidak sabar nak tulis satu perkongsian ini kan?

 Ye lah masa tulis ni saya baru sahaja siapkan satu website all in one solution ni.😄 Mana tidaknya saya inikan memang zero dalam bina website sendiri, Alhamdulillah Ada satu Website ni semua lengkap,  terdapat banyak fungsi sama seperti website pro di luar sana. So jika Anda kliksini jika nak lihat website saya tu yer.

 Eh melalut pulak tadi,saja nak kongsi website baru katakan😚 Bagaimana Hasilkan Potret Digital Anda sendiri Menggunakan Smartphone Android:

 Langkah pertama:  Install Aplikasi Sketch Book Express  disini.  Selepas Anda sudah Install tngok semua Fungsi yang ada dalam tu okey. Sila Fahamkan betul-betul semua Fungsinya sekali. Pilih Quick Tour untuk senangkan faham fungsinya okey.

Langkah kedua:  pilih Galerry seperti gambar di bawah .



Langkah ketiga:  setelah Anda pilih gallery,  kemudian tekan kawasan yang dikelilingi bulatan merah dan pilih New From Gallery . Pilih Gambar selfie anda sendiri yang paling disukai.
Saya pilih gambar ni jer..




 Langkah keempat:  Kemudian proses untuk anda melukis.  Sila pilih layer dan tekan tambah pada layer baru.





 Langkah kelima:  pilih warna fon, sebaiknya warna hitam kemudian pilih pensel saiz  dan opacity (Pilihan anda sendiri,tapi bagi saya warnanya  dah berbaloi.)



Langkah keenam: gunakan pensel pilihan anda untuk ikut garisan diwajah gambar anda. Hasilnya seperti gambar ini.


Langkah ketujuh: proses mewarna pula, buka layer baru dan letak ditengah antara layer line wajah dengan gambar selfie anda. Sebelum itu anda mesti tutupkan mata layer wajah selfie anda untuk lihat hasil lukisan anda tersebut.




 Untuk anda yang tidak suka mewarna lebih baik anda kreatifkan lukisan anda dengan tools pensel yang berbeza untuk nampak Potret hitam putih. 

 Kemudian mulalah warna dengan pilihan tools yang sesuai  (seperti gambar dibawah ini) Hasilnya :


Tidaklah sekemas seperti menghasilkan tangan sendiri atau di phothoshop. Jika kita lebih detail, munkin ia lebih cantik lagi. Saya juga gemar melukis di photoshop, tapi tidaklah sehebat anda diluar sanalah. Munkin banyak sangat tools di Photoshop, maka dengan langkah mudah saya Install jer Sketch boook Xpress ni di Android.

Antara hasil yang telah saya siapkan, tapi saya bukanlah penghasil lukisan yg kemas,  tapi hanya hobi sahaja:


Weldone !! Terima kasih kerana melawat Entri saya ni, kalau ada soalan silalah tanya yer..jangan lupa tinggalkan komen sekali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan