Ahad, 26 Oktober 2025

Renggana: Darah dari Zaman yang Terlupakan – Sumpahan Bidadari Sembilan Abad

🩸 Renggana: Darah dari Zaman yang Terlupakan – Sumpahan Bidadari Sembilan Abad


JANGAN BACA WAKTU MALAM.

 Setiap titisan darah mempunyai cerita. Tetapi darah yang mengalir di urat Renggana bukan sekadar cecair merah; ia adalah himpunan dendam yang dimeterai dalam lumpur peperangan dan ratapan purba. Ini bukan kisah dongeng yang dibacakan sebelum tidur. Ini adalah rintihan dari era yang dibakar, di mana Raja-Raja menukar mahkota dengan ilmu hitam, dan para Bidadari dijemput bukan untuk menari, tetapi untuk menjadi tumbal di atas batu persembahan.

Sembilan abad lalu, sebelum peta Nusantara dilukis dengan dakwat penjajah, wujud sebuah kerajaan yang kekuasaannya mencengkam matahari. Di situlah bermula Sumpahan Renggana. Ia adalah perjanjian darah yang dibuat dengan entiti di bawah bumi, menjanjikan kemewahan abadi dengan bayaran paling ngeri: Darah suci dari keturunan Dewi Sembilan Kelopak.

Adakah anda pernah merasa diperhatikan dalam kegelapan yang paling sunyi? Adakah anda pernah terhidu bau busuk kemenyan lama dan kembang tujuh rupa di tempat yang tiada kuil? Itu mungkin bukan imaginasi anda. Kerana setiap kali Renggana bangkit, sejarah yang kita pelajari hanya tinggal abu. Dia mencari pemilik darahnya yang terakhir. Dan mungkin, malam ini, dia akan menemui anda...



​💀 Renggana: Bukan Hantu, Tetapi Sisa Dendam Yang Tidak Akan Mati

​Renggana. Namanya hari ini hanya bisikan yang terselit di antara catatan sejarah yang diharamkan. Dia bukan sekadar hantu yang berkeliaran mencari mangsa, tetapi sebuah entitas purba yang tercipta dari pengkhianatan paling hina.


​Siapakah Renggana?

​Renggana ialah jelmaan terakhir bagi Puteri Laksmi, puteri kesayangan Raja Kertanegara (nama rekaan, inspirasi dari raja Nusantara purba). Beliau bukan berdarah manusia biasa. Beliau adalah Dewi Sembilan Kelopak – gelaran yang diberikan kepada pewaris takhta yang lahir dengan tanda lahir istimewa, dipercayai berketurunan Bidadari yang diturunkan ke bumi untuk mengimbangi kuasa alam.

​Mitos mengatakan, darahnya adalah 'Sakti'; ia mampu menumbuhkan benih kehidupan di tanah tandus, dan pada masa yang sama, mampu menjinakkan jin dan semangat paling buas. Darah inilah yang dicari oleh Raja Kertanegara yang tamak.


​🗡️ Perjanjian Darah di Bawah Gerhana Bulan

​Pada tahun 1025 Masihi, sebuah bencana kelaparan dan penyakit melanda kerajaan. Raja Kertanegara, takut kehilangannya takhta, berpaling kepada Ilmu Tujuh Tingkat Hitam, suatu sihir yang lebih tua daripada gunung. Ahli nujum memberitahunya:

​"Tuanku, mahkota ini akan kekal selagi darah seorang Dewi Sembilan Kelopak ditumbalkan pada setiap Malam Gerhana Bulan, di atas Sembilan Batu Nisan yang membentuk bucu bintang. Darah Puteri Laksmi adalah kuncinya. Ia akan membekukan masa, membekukan kematian. Tapi, amaran, jika perjanjian dikhianati, Renggana akan bangkit, membawa maut yang tidak mengenal takhta."

​Raja Kertanegara melakukannya. Di bawah panji-panji yang berlumuran darah, Puteri Laksmi dikorbankan.

​Pada saat pisau menyentuh kulitnya, Puteri Laksmi tidak meratap, tetapi menyumpah. Sumpahan itu bukan untuk Raja Kertanegara seorang, tetapi untuk seluruh keturunan yang memiliki walau secebis darah kerabat itu.

​Puteri Laksmi Mati, Tetapi Renggana Lahir.

​Setiap tahun, pada ulang tahun kematiannya, tubuh dan organ dalaman Puteri Laksmi akan bangkit dari makamnya – seperti semangat Penanggalan – mencari darah kerabat Raja yang menumpahkannya. Ini adalah Renggana. Sebuah semangat yang terkunci antara dunia manusia dan alam ghaib, hidup hanya untuk membalas dendam.


​⏳ Memburu Keturunan Terakhir: Adakah Itu Anda?

​Kini, setelah hampir seribu tahun, tinggal hanya cebisan-cebisan terakhir dari keturunan Raja Kertanegara yang masih membawa 'Darah Keramat' itu. Mereka hidup di kalangan kita, tanpa mengetahui warisan mengerikan yang mereka bawa.

​Kenapa Darah itu Sangat Tegang?

​Bau Kelopak Sembilan: Kononnya, Renggana tidak mencari melalui nama, tetapi melalui bau. Setiap mangsa yang mempunyai darah Dewi Sembilan Kelopak akan menghidu bau aneh bunga kamboja yang terlalu kuat sebelum Renggana tiba.

​Sembilan Malam: Jika anda merasakan hawa dingin luar biasa di rumah anda selama sembilan malam berturut-turut, itu bukan kebetulan. Renggana sedang menghampiri.

​Bayang di Cermin: Legenda mengatakan, mangsa terakhir akan melihat pantulan dirinya di cermin kelihatan berlumuran darah di bahagian leher. Itu adalah tanda Renggana sudah memilih.

​Adakah anda rasa sejuk tiba-tiba? Adakah anda baru terhidu bau kamboja, sedangkan di halaman anda tiada pokoknya?

​Tengoklah ke luar tingkap anda sekarang. Malam ini adalah malam kesembilan Gerhana Bulan…

Selasa, 13 November 2018

My Hero Brother


Aku seorang Student, baru-baru ni aku baru saja habis exam and balik cuti sem, selama sebulan kat kampung.  Lambatlah lagi nak tunggu sem depan. Selama aku ada dikampung boleh dikatakan aku betul-betul gunakan masa aku hanya tidur saja. Ye lah,  bila otak kau dah penuh, mestilah pening dan serabut banyak benda kau buat waktu study dulu. Memang busy la..  So aku lepaskan stress aku hanya tidur saja waktu cuti sem. 

Sampai mak aku pun naik meluatlah dengan aku ni. Mana tak membebelnya,  anak dara asyik tidur saja, kerja rumah langsung tak buat. Tapi rumah still dalam keadaan baik sbb yang aku rajin buat pun kerja-kerja membasuh jer, basuh pinggan dan basuh baju ( sabun lover) . Yang lain masak ka apa semua aku serah kat mak. 

Rumah aku memang sunyi sikit,  sebab duduk 3 orang saja.  Abang nombor 2, Mak,  dan aku.
Dua orang lagi adik aku kerja kat bandar. 

 Mak aku kerja dikantin sekolah rendah dari jam 5am hingga jam 3pm. Abang aku biasalah kerja kampung memang busy sangat. Bangun awal pagi pergi kerja malam baru balik. 

Okey berbalik pada kisah sebenar, tengah hari sekitar jam 12pm hari Isnin 12 November,  aku bangun dari tidur. Benda pertama aku buat adalah charge phone xioami redmi note 4 aku dulu. 

Time aku nak potostate resume orang punya, sebab adalah beberapa orang suruh aku buatkan resume untuk diorang, waktu aku nak buka laptop Lenovo IdeaPad Z500 15.6". Hah! terkejut beruk aku waktu tu Laptop aku yang mahal tu tetiba...  disappear! Disappear beb,  atas meja berdekatan dengan tempat charge phone aku tu. 

Okey laptop secondhand ja sebab tak mampu beli baru. Aku kata mahal tu aku beli harga lebih RM1k kot. Aku memang minat graphic sebab tu lah aku beli laptop ni. Kalau laptop graphic yang ada all adobe memang tak dapat harga ni. Just Secondhand ja.. 

Merata tempat aku cari,  tak jumpa. Pelik sebab laptop jer yang hilang, charge bateri tak hilang pula.  Hah sudah aku rasa ada orang curi dah ni. 

Aku lari tanya abang aku yang kebetulan baru balik dari rumah. Aku tanya dia ada tak ambil laptop aku waktu tu. Peliklah kan kalau abang aku ambil sebab dia mana tahu bab-bab laptop ni, apatah lagi nak guna. Dia just terer repair jaa.. 

Hah sudah, mana pergi pulak laptop mahal aku tu,  banyak benda aku buat kerja dengan laptop tu,  yang peliknya aku tak rasa apa2 dengan kehilangan laptop aku tu haish.. . Panik pun tak. Yang aku rasa waktu tu adalah,  marah diri sendiri dengan kecuaian aku ni. 😰(Anybody slap me please..) 
 
Terus abang aku ni keluar pergi rumah jiran sebelah,  sebab jiran sebelah baru ja ada orang pecah masuk rumah.

Okey orang pertama aku fikir yg curi laptop aku adalah anak jiran aku  yang tinggal di seberang sungai sana. Sapa tak kenal budak tu, sbb banyak kes pasal dia. 

Abang aku pun fikir benda yang sama. Apa lagi memang cepatlah tindakan abang aku ni pergi tanya budak tu. Yelah aku takut juga sebab abang aku ni memang baran juga orangnya walaupun kecik. Dalam fikiran aku habislah budak ni. (ye lah abang aku ni,  kalau kacau barang dia siaplah orang tu) 

Okey budak tu baru  umur 13-14 tahun macam tu lah. Kantoi masuk rumah jiran sebelah kena tangkap. 

Sebab terkantoi tu adalah jiran aku tu terlupa phone patah balik rumah,  Tak sangka budak tu ada dalam rumah dah. Apa lagi tangkaplah.. 

Memang comfirm dia yang ambil,  tanya banyak kali tak mengaku. Akhirnya Alhamdulillah,  laptop aku dapat juga ditemui di rumah orang lain. Bijak juga budak tu nak tutup mata orang. Dia taruh laptop aku kat rumah orang lain.  

Akhirnya apa lagi call polis la.. 

Nak dikatakan budak tu dah banyak kali suka curi barang orang,  baru-baru ni curi duit abang aku rm80, kad MicroSD pun dia ambil pelik pulak tab 4 tak ambil pula. Kalau rumah orang lain aku tak tahu apa yang dia ambil.

Wallahualam. 

Pengajarannya, Jangan tidur sangat. Yang ni adalah peluang aku,  kalau ada masa mesti aku tidur. Susah betul nak kawal sikap ni. Rumah terbakar pun maybe aku tak sedar.. (ketuk kepala sendiri) Okey lepas ni aku kena sentiasa celip mata kot.. Lupakan tidur kau tu dulu. 

Seterusnya beli kunci rumah. Sebab ni banyak kali juga aku try ingatkan mak aku suruh buat kunci rumah,  tapi still senyap. Sebab banyak benda berharga dalam rumah aku tu. 
Aku takut nak balik sebab inilah.. Rumah xda kunci. 

Satu lagi penting adalah duduk dengan  jiran yang caring, Sebab jiranlah banyak tolong waktu kita dalam kesusahan. Sebab dioranglah laptop aku dapat balik. 















Jumaat, 30 September 2016

Boleh ke?

Salam readers,

Sebenarnya saya sengaja saja nak testing diri ini, boleh ke tidak saya nak buat perkhidmatan melukis illustrator wajah manusia. Sebenarnya skill itu sudah ada,tapi hati ini masih lagi berbelah bahagi nak buat ataupun tidak?

Ramai orang tanya akan hal ini dan mereka setuju jika saya teruskan niat ini. Memandangkan saya ni masih lagi belajar, berat juga saya nak teruskan. Kalau tanya Mak dengan Abah pun sama saja, mereka nak saya teruskan belajar dan jangan melakukan perkara lain yang boleh menjejaskan pelajaran saya ni.

Hmm kepada Readers semua patut atau tak saya terusakn niat saya tu?

Khamis, 15 Oktober 2015

Perkongsian Santai



Panggilan Mengejut!! 

Baru-baru ini saya dapat panggilan dari seorang pemimpin Hewi MKKK iaitu Hewi Penerangan dan Penerbitan hendak berjumpa dengan saya. Maka dengan Bismillah saya pun berjumpa dengan beliau. Pelbagai persoalan juga berada diminda, kenapa tiba-tiba 
Baca lanjut 


Bagaimana Hasilkan Potret Digital Anda sendiri Menggunakan Smartphone Android 
Ok,  Baiklah di sini saya hanya sekadar suka-suka sahaja nak kongsi Bagaimana Hasilkan Potret Digital Anda sendiri Menggunakan Smartphone Android ,nampaknya saya begitu tidak sabar nak tulis satu perkongsian ini kan?     
                                                                                                                         Baca lanjut